Hutang kad kredit RM15k langsai dalam masa 21 hari dari profit ebay

Salam semua, apa khabar? Korang ada banyak hutang kad kredit? Kalau dah berminat nak baca posting ni aku boleh agak la korang memang ada masalah dengan hutang kad kredit ni, ke macam mana? Ok boleh baca kisah ini (kisah kawan aku) dan boleh ambil kisah ini bukan sahaja sebagai inspirasi tetapi boleh terus mula berjinak dengan perniagaan online (bagi yang tidak pernah niaga online). Secara khususnya kita nak citer pasal perniagaan secara online menerusi ebay. 

Kad kredit ni kan memang seronok bila nak shopping sama ada secara offline atau online, hanya dengan loret atau swipe sahaja anda sudah dikira boleh dapatkan apa jua barang yang anda sukakan. Tetapi sekiranya tidak ada disiplin dalam mengawal perbelanjaan, kelak ianya akan mendatangkan 'bala bencana' yang bertingkat-tingkat pada diri dan keluarga. So sekarang kita tak nak berceloteh panjang pasal kad kredit sebab kita sekarang nak cari jalan untuk selesaikan segera hutang-hutang yang tertunggak tu, betul?

So aku nak citer pasal seorang pemuda dari Johor ni, nama dia Zul Ariffin Maarof. Dia sendiri yang kongsikan kisah ini di blog beliau. Mula aku pun macam tak caya la dia boleh settlekan hutang kad kredit RM15k langsai dalam masa 21 hari dari profit ebay je. RM15k ni kalau nak ikut logik makan bertahun-tahun lama nak settle, tapi bila ada proven cara dia settlekan hutang dia yang buatkan aku pun nak ikut jejak langkah dia berjaya dalam perniagaan online menerusi ebay ni. So jom sama-sama kita hadamkan apa yang tuan Zul ni kongsikan (aku kongsikan sebijik apa yang dia tulis la senang, btw aku dah minta izin pada dia untuk letakkan kisah dia ni dalam blog) So senyum..tak perlu kata apa-apa 🙂

sy terpanggil untuk ceritakan kisah sy..

untuk iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain.artikel kali ini agak panjang sikit

ceritanya macam ni….

 

tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di parit raja batu pahat johor.

yelah.orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak..

so, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan orang rumah saya untuk bukak kedai makan..

 

sy cakap, “syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh..lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. insha Allah orang datang lagi nak makan.”

 

selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.

 

untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman, duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang sy kumpul dari bisnes online dan bisnes di ebay..kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari ebay lah.

kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi..

So hajat sy sebelum sy habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah…

 

tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.

 

so saya dah mati akal..bajet RM100k shj. tapi duit dah tak cukup..so sy try lah cari modal sana sini..mak saya nampak sy susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K.. tapi masih tak cukup lagi.

 

so sy amek jalan mudah sy pun apply kad kredit maybank..walaupun sy tau kad kredit ni tak elok. ada riba’, ada hantu..tapi keadaan memaksa sy untuk ambil juga kad kredit yang “baik” ni..

orang bank mintak sy submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. saya cakap sy takde slip gaji, sy cuma ada elaun biasiswa shj.

tapi, bank proses juga permohonan kad kredit sy dengan menggunakan statement bank akaun syarikat sy, mama baryani house,

Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit sy berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. sy bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak.hehehe..

 

bermulalah perangkap kad kredit….

 

tanpa sy sedar segala perbelanjaan sy menggunakan kad kredit telah menghampiri limit.. walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya…

 

tapi, lama-kelamaan kad kredit sy memerangkap diri sy sendiri. duit cash semakin berkurangan..dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.

 

sale kedai pulak waktu tu dah jatuh..sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.

saya mati akal… otak mula kusut. hati mula bimbang, jiwa mula serabut..sebab dibebani hutang kad kredit.

dalam hidup saya, memang sy benci dengan hutang, waktu dulu mula sy buat degree sy dah cari jalan untuk selesaikan hutang ptptn sy, memang sy dah nekad dalam hidup aku taknak ada hutang dari bank langsung.

so hutang kad kredit ni buat kepala sy kusut..

fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang maha Kuasa. sy pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam…untuk berikan ilham kat sy keluar dari masalah hutang sy ni..

sy doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni..kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah riba ni”

lepas sembahyang..hati sy tenang sikit.. sy pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun ebay sy yang dulu banyak membantu sy kumpul duit kahwin..

dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg sy dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yng ada demand tinggi di ebay…

dan sy tiba-tiba dapat idea tentang orang israel..

orang israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. tapi macam mana dia boleh control dunia. macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang..

sy pun kaji lah barang-barang yang orang israel jual. sy percaya dengan negara diorang yg memang takde, tak mungkin diorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru..tentunya diorang akan pakai konsep bisnes dropship.

tiba-tiba dalam proses pencarian tu, sy dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. dan barang-barang trending ni sy gabungkan dengan seller ebay dari israel iaitu siapa seller israel yg jual barang trending ni

 

Dari pencarian barang trending ni sy tengok kat facebook trending, website raddit.com dan google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg sy tetapkan tu mestilah ada 2 ciri

  1. Barang ni tak vero
  2. kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam

hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa..

sy fikir sy taknak dedahkan, sy nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila..tpi semalam sy terbaca satu post di fesbuk

hati sy cukup tersentuh.. sebabnya dia baru je beli ebook pre-launch sy..tapi dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. ( sy tak like dan sy tak komen apa-apa..cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada..)

dan sy terdiam, sy rasa macam nak pulangkan semula duit dia.tapi sy buat macam tu cuma dapat tolong sementara shj.. tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.

 

sy tau..kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah duit dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. sebab tulah sy spend masa sy untuk tulis jugak buat artikel ni

ada juga yg pm sy di fesbuk cakap nak bunuh diri.. aduh. begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan

Tapi sejujurnya kalau anda player ebay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. sebab tu adalah periuk nasi anda. takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.

tapi sy dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.

ok. sy rasa dah panjang sangat sy membebel.. sy cerita terus hasil dari kajian sy malam tu..

saya jumpa satu barang yang orang israel ni jual..ni barangnya.. sushi maker Sushezi Bazooka. jualan barang ni lah yg telah membantu sy menyelesaikan segala masalah hutang kad kredit sy dalam masa 21 hari.

 

kenapa 21 hari? sebab paypal hold duit sya dapat tu dalam masa 21 hari.hehe..sales yg sy buat dalam masa 3 hari jer dah cecah RM10k. cuma nak kena tunggu 21 hari la sebab paypal hold duit sy.huhuhu..

supplier barang ni dengan hanya menggunakan dropship shj.

sy buat research dari seller-seller lain..terutama seller dari china..ni seller cina. dia jual USD4.99 barang yg sama..

ni seller israel.. dia jual USD22. barang yang sama juga tapi harga berbeza.

ni pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com. kenapa aliexpress? sebab supplier aliexpress ni well known, orang dah tau.. dan seller-seller di aliexpress memang dah mahir untuk post barang ke USA.

kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. anda boleh install apps di hp anda untuk dapatkan estimate net profit anda seperti di bawah. Profit bersih $14.07

Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388.

ok ni listing sy pulak.. sy buat listing yang sama, tapi sy ubah sedikit gambar dan improve tittle gunakan keyword yng biasa barang terjual.

dah hasilnya anda boleh lihat di bawah. listing sy mendapat viewer yang sangat tinggi iaitu 325 viewed sehari secara percuma sahaja

Oleh sebab barang trending.. barang ni mendapat viewer yg sangat tinggi. dan selepas sy buat adjustment terhadap iklan sy, akhirnya iklan barang yg sy jual keluar di page pertama ranking nombor 1, hasil daripada teknik dan adjustment yg saya buat..sy tunjukkan bukti berapa banyak sold

Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan sy mendapat reward dari ebay reward yang tertinggi iaitu top rated seller + power seller di ebay

syarat untuk jadi top rated seller + power seller mestilah ada ciri-ciri seperti berikut :

  • takde masalah open case/ dispute case
  • kurang dari 0.3% percentage case closed without resolution
  • akaun ebay mestilah lebih 90 hari
  • 100 transaksi bersamaan dengan 3000 USD dalam masa 12 bulan
  • 1 day handling business processing time
  • mestilah kena jaga service tip top plus upload tracking numbers within 24 hours

apa kelebihan dapat jadi top rated seller + power seller?

  • akaun dapat diskaun seller final value fee 20%
  • listing cepat life selepas upload iklan
  • viewers bertambah ramai. visibility tinggi
  • bnyak lagi lah hehehe

apa yang sy mintak kat Allah cuma dapat selesaikan hutang kad kredit sy..tapi Alhamdulillah..bukan sahaja kad kredit sy selesai. malah sy dapat akaun ebay yg sangat powerfull.

malahan ebay tetapkan syarat nak jadi power seller + top rated seller perlu buat sale $3000 bersamaan 100 transaksi, tapi dengan mudahnya sy buat sale lebih $3000 bersamaan dengan lebih 300 transaksi tak sampai pun sebulan..semuanya dengan kuasa Allah.

kalau Allah nak bagi, bila-bila masa dia boleh bagi. Allah maha kaya.

saya bersyukur  sangat-sangat..dan artikel ini adalah sebahagian dari usaha sy sebagai tanda kesyukuran untuk berkongsi pada orang ramai untuk menyedarkan betapa pentingnya akaun ebay ini untuk bantu kita tampung masalah ekonomi kita..

akaun ebay adalah aset yang sangat berharga.

 

nilai akaun ni lebih bernilai dari jumlah hutang kad kredit sy..dengan akaun ni  sy boleh generate income 5 angka setiap bulan dengan konsisten.

ini screenshot yg sempat sy rakamkan as a case study untuk anda.. duit yg sy withdraw dari paypal ke akaun bank untuk bayar hutang kad kredi.

bulan 12 saya dapat gaji 9 kali.hehe..

ini adalah screenshot duit yg dah clear masuk ke akaun bank..

Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75, Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun ebay yang lain..

kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant. boleh terus ke mesin atm cucuk duit keluarkan.

ada juga duit dari paypal yg sy tak withdraw tapi sy jual je pada sapa-sapa yg nak..

hasil duit ni 90% sy buat bayar hutang kad kredit, dan 10% lagi sy buat reward diri belanja wife sy makan n shopping sikit-sikit..

ok so macam mana sy buat??

caranya mudah sahaja.. nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak paham.

caranya macam ni.

langkah 1:

anda cari produk-produk yg trending di www.reddit.com. luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending?

anda tau apa website ni? sy pun tak tau..hehe… yg sy tau website ni macam forum la. cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di usa.

dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.

selain itu juga anda boleh kaji dari facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA

Langkah 2 :

setelah anda dah jumpa barang yang hot. cuba lakukan carian di ebay pulak..tengok ada tak produk yg anda kaji tu ada demand yang tinggi di ebay.

ciri-cirinya:

  1. barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam,dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
  2. barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship
  3. barang tu tak vero. anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak

 

Langkah 3:

kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay…setting harga sama or lebih tinggi. anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, insha Allah akan ada buyer yg beli dari anda

rezeki Allah ni luas. ada buyer dia takut nak beli barang yg harga murah sangat..

ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah..

so dari situasi ini sebagai penjual, insha Allah barang anda pasti akan terjual.

 

ini lah yang sy buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit sy.

jika anda pernah menggunakan facebook dan instagram as a platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah ebay.

kenapa?

sebabnya ebay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsaap dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli..

anda tak perlu buat semua tu. penat. serius penat. saya dah rasa dulu.. smpai bini tegur ” hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha…

ebay ni mudah sangat-sangat. orang datang ebay memang dia dah mindset nak beli. anda cari je barang apa yang diorang ni nak.

tunjuk jer nak beli ke tak, insha Allah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, insha Allah confirm dia bayar kat anda.

kalau anda rasa artikel yg sy share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat pm, whatsapp  dan emel yang bertalu-talu untuk sy buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni..

apa yang sy share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yg telah sy dokumenkan..dalam ebook tu sy dah siapkan proses dari A to Z.  ini content ebooknya..

Pendahuluan

Bab 1 :Pengenalan ebay

Bab 2 : Fakta Asas sebagai penjual di ebay

Bab 3 : Persediaan memulakan bisnes di ebay

Bab 4 : Software / Tools bisnes di ebay

Bab 5 : Langkah-Langkah membuat multiple account ebay

Bab 6 : Tips penting  di ebay

Bab 7 : Teknik Membina Reputasi di ebay

Bab 8 : Jenis barang “vero” dan “non vero”

Bab 9 : Teknik Kajian pasaran secara manual

Bab 10: Teknik kajian pasaran secara auto

Bab 11: Teknik listing Auction & BIN

Bab 12: Case study  Barang Dropship

Bab 13: Case study  Barang tempatan

Bab 14: BONUS 1-Senarai Supplier barang Print On Demand (POD)

Bab 15: BONUS 2- Senarai Supplier USA-China

Bab 17: BONUS 3- Teknik dropship menggunakan supplier 1688.com

Penutup

jika anda seorang newbie or bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar..sebabnya ianya adalah proven case study dan ianya easy friendly,

keduanya, sya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. cuma anda perlu sabar sikit..akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat..

semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual sy ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni

pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

ebook ni dah 95% siap,

jika anda berminat boleh boleh klik link berikut untuk tempah dengan harga pre-launch yang lebih rendah